Bagi penggemar Pandan, pasti akan menanam pokok ini di rumah. Daun Pandan mudah tumbuh dengan suburnya di tepi rumah. Tidak perlu penjagaan yang teliti dan rapi. Daun Pandan memang terkenal dengan pelbagai fungsinya. Boleh digunakan dalam masakan, untuk pewangi rumah dan lain- lain. Jadi hari ini, kita sentuh hanya pada masakan yang dinamakan Pandan Kaya.
Sebelum itu anda kenal dan tahu apa itu Pandan? Pandan ialah sejenis pokok yang renek yang berdaun hijau. Daun pandan itu mempunyai aroma yang sangat wangi. Pandan digunakan secara pelbagai fungsi dan sangat dikenali dalam kalangan masyarakat di Asia. Warna hijau yang menyerlah dan aroma yang lembut dan wangi selalu digunakan di dalam masakan seperti kuih – muih (kuih bakar, onde-onde, kuih seri muka dan sebagainya), nasi lemak, kuah durian, kuah kacang hijau dan banyak lagi. Lihat pada warna hijau yang lembut yang menjadi penyeri roti kami ini . Itu adalah hasil dari daun pandan yang telah dikisar halus dan diambil air perahan yang telah ditapis dan kemudian dibekukan untuk menjadi seperti serbuk. Dengan cara ini ianya lebih tahan lama dan aroma pandan itu pasti mengasyikkan.
Manakala kaya pula ialah merujuk kepada tekstur jem kelapa yang tebal seperti kastard yang penuh dengan aroma dan rasa yang memikat hati. Pasti anda pernah lihat ada kaya yang berwarna coklat dan hijau bukan?
Jadi apa perbezaan antara dua ini?
Secara asasnya, bahan-bahan utama untuk Kaya ialah santan, telur, gula dan daun pandan. Yang membezakan dua Kaya di atas adalah, ada yang bergantung kepada bilangan telur, karamelisasi gula, dan jumlah daun pandan yang digunakan dalam resepi Kaya tersebut.
Seperti yang diketahui umum, dua jenis Kaya ini dinamakan;
1. Nyonya – Kaya yang berwarna hijau
2. Hainan – Kaya yang berwarna coklat dan kebiasaanya dalam resepi menggunakan madu sebagai gantian gula.
Kami memilih nyonya kaya yang dicampur dengan pandan untuk menjadi salah satu signature loaf kami. Pastikan anda mencuba Pandan Kaya Loaf kami, pasti tidak menyesal.
Jangan lupa kongsikan bersama kami, jenis Kaya yang menjadi adi yang mana pilihan kegemaran anda.